Aku bukan sang pujangga.
Aku bukan Majnun si Laila.
Aku hanya orang biasa.
Ya sama macam kamu yang membaca(jika kamu orang biasa juga).
Namun dalam biasanya aku & dengkelnya ilmuku,aku tahu kita masih bernafas kerana CINTA .
CINTA
ada kuasa luar biasa yang tidak mampu ditafsir dengan sebarang bahasa
walau dicuba buat jutaan kalinya kerana CINTA itu terlalu istimewa.
CINTA itu nyawa.
CINTA itu bukan silap mata tetapi CINTA itu magis yang nyata.
CINTA itu..
CINTA itu…
Lihat,aku masih gagal untuk mentafsir CINTA walau aku cuba,cuba dan terus mencuba.
Mungkin bila lafaz akhir di penghujung nyawaku ialah SYAHADAH,itulah saatnya aku mampu benar-benar mentafsir CINTA.
Hakikatnya CINTA itu DIA.
No comments:
Post a Comment