Friday, December 14, 2012

AKU, KAMU & CINTA

Aku bukan sang pujangga.
Aku bukan Majnun si Laila.
Aku hanya orang biasa.
Ya sama macam kamu yang membaca(jika kamu orang biasa juga).
Namun dalam biasanya aku & dengkelnya ilmuku,aku tahu kita masih bernafas kerana CINTA .
CINTA ada kuasa luar biasa yang tidak mampu ditafsir dengan sebarang bahasa walau dicuba buat jutaan kalinya kerana CINTA itu terlalu istimewa.
CINTA itu nyawa.
CINTA itu bukan silap mata tetapi CINTA itu magis yang nyata.
CINTA itu..
CINTA itu…
Lihat,aku masih gagal untuk mentafsir CINTA walau aku cuba,cuba dan terus mencuba.
Mungkin bila lafaz akhir di penghujung nyawaku ialah SYAHADAH,itulah saatnya aku mampu benar-benar mentafsir CINTA.
Hakikatnya CINTA itu DIA.

#kata

Jangan kerana masa silam yg hitam,kelam dan seram, kau masih terbayang dan ianya sentiasa menghantui fikiran kau sehinggakan kau merasa tak bermaya dan tak terdaya.

Jadikan ia pengajaran, dan jgn sesekali kau ulanginya kembali. Kehidupanmu kehadapan, fikirkan dan buatlah pilihan yg tepat utk masa depanmu. Yg menentukan itu, dihadapan bukan dibelakang. ",)

Thursday, December 13, 2012

harnani


assalamualaikum :) adek, mana adek ni? lama tak contact akk. akk tunggu adek text or call tp takde pown. akk rindu adek. da lama kte tak jumpe kn :/  dkt 3 bulan jgak la. kte pown da lama tak sembang. akk nk call adek tp setiap kli nk call akk rasa yg akk ni akan mngganggu adek. mcm hari tu la., akk call time adek tido. sbelum tu kn akk rasa tak sabar gile nk sembang dgn adek tp bila da terase yg akk da ganggu adek, hmm takpe la kn :( 

 p/s: nk jumpa adek.  SAYANG ADEK

Tuesday, December 11, 2012

aku lebih suka begini

Dah lama aku tidak menulis.
Menulis. Bukan menaip.
Ya, aku anggapkan laman ini seperti sebuah diari yang aku catatkan setiap hari.
Nampaknya banyak hari-hari yang aku kosongkan tanpa kata.

*sigh*

Maaf.
Aku bukan tidak mahu menulis.
Cuma aku dah terbiasa dan lebih senang berdiam diri.
Biar aku pendam apa yang aku rasa.
Supaya tidak ada siapa yang tahu apa yang aku rasa.


Aku lebih suka begini. 


Mungkin suatu hari nanti, aku akan menulis dan terus menulis. . .